Wednesday, July 8, 2015

KENANGAN MENGUSIK JIWA


#imbaskembali

assalamualaikum wbt..
hari ni tiba-tiba rasa rindu semacam.. rindu zaman aku kecik-kecik sambut raya kat rumah arwah nenek kat Kota Tinggi. kenangan lebih 20 tahun yg lalu.. boleh di kata kan setiap tahun memang adik-beradik belah Mak akan berkumpul kat rumah arwah nenek. Mak, Pak Ngah, Pok Teh, Cik Rubi, Aunty Nor, Poksu Tapa, Poksu Ajis & Pak Andak..
memang best gilerr lah bila dapat berkumpul ramai-ramai.

time dah nak dekat-dekat raya lah baru kitorang semua balik rumah nenek. part paling best balik kampung naik bas. Abah tak ada kereta masa tu. so, bas lah transport kitorang paling best time tu. kelakar bila di ingat kan balik.. kami adik-beradik berdedai naik bas dengan beg baju besar-besar. naik bas no 41 pegi Kota Tinggi. pastu ambik seat belakang sekali 7 beranak duduk sebaris.. haha.. sampai bustand Kota, memang jadi kewajipan Mak dan Abah utk meronda pekan Kota sebelum naik pawanca pegi rumah nenek.

bila sampai rumah nenek riuh giler jadi nya. jumpa nenek, mak pak sedara, sepupu sepapat.. time tu mula laa aku dan sepupu sepapat buat perangai masing-masing. masuk kebun kelapa sawit berkubang cari ikan puyu, ronda sekitar kawasan rumah nenek. part tak boleh lupa kalo lalu depan rumah nenek tu ada cina bela anjing. acah-acah berani duk menganjing kat anjing-anjing dalam pagar tu. bila anjing tu lepas nak melangkah pun kecut perut semua. hahaha..
Atok Sulong, atok kami lerr... setiap tahun dia akan standby kan bunga api, mercun roket, mercun padi dan mercun naga utk cucu-cucu dia. zaman dulu mercun tak lah sebahaya mercun zaman sekarang ye tak.. paling bahaya dulu pun mercun mancis je lah.. hehe..
jadi nya malam raya tu memang best lah main bunga api ramai-ramai dengan sepupu sepapat semua. Mak Abah dan mak pak sedara semua sibuk kat dapur nganyam ketupat, masak rendang bagai lah. esok nak raya lah kata kan.. mmg happening lah gotng royong masak. kitorang bebudak lagi time tu.. tolong sikit-sikit je hahaha..

bila malam time nak tidur pun moment yang best bila di ingat-ingat balik. tidur bersepah selonggok sana, selonggok sini. tak cukup bantal habis kusyen raya nenek kitorang buat bantal. time tu jangan cakap lah memang excited giler nak raya sampai tak tidur kitorang di buatnya. mula lah sembang macam-macam sampai ke pagi. gelak ketawa tak ingat dunia. hahaha.
yang suka melayan kitorang masa zaman tu Arwah Uncle Ardani.

Ok.. PAGI RAYA.. ni part paling best..
pagi raya macam biasa lah ni semua sibuk bersiap-siap pakai baju raya. yang lelaki siap-siap pegi masjid utk solat hari raya. Mak Mak kami sibuk kat dapur hidang makanan. bila semua dah balik dari masjid, part ni lah muka kitorang macam tak cukup zat masa tu. part nak salam-salam. hahahaha.
aduhh.. moment paling best wehhh.. kitorang beratur nak salam Atok, Nenek, Mak Ayah, Mak Pak sedara. tapi sebelum tu ada lah babak-babak drama airmata.. bergema suara tangisan dalam umah Nenek.. hehehe. Aku yang sekali beratur ni duk hafal apa yang nak cakap masa nak salam nanti. tapi bila Nenek Atok dan semua Mak Pak sedara hulur duit raya senyum sampai telinga lah kitorang. pastu baru kitorang makan makanan yang Nenek dan Mak kitorang masak. selesai makan kitorang ronda taman sekitar rumah Nenek nak collect duit raya.

dan hari ini....... aku betul-betul terasa rindu yang teramat sangat masa zaman aku kecik-kecik sambut raya dulu.. sangat-sangat rindu. rindu yang teramat juga buat Arwah Nenek Hamek. dah lebih 20 tahun dia tinggal kan kami. rindu masakan Nenek. rindu suara dia, rindu senyuman dia, rindu kene marah dengan dia, rindu kene bebel dengan dia.. rindu senaman pagi dia.. rindu segala nya tentang dia.. Nek, akak rindu nenek.. Moga Nenek sentiasa tenang di sana dan moga Allah tempatkan Nenek dlm golongan orang-orang yg beriman..

al-fatihah buat Nenek ku
Hamek Bt Tanang. Juga buat Arwah Uncle Ardani Sarijo dan Arwah PokTeh Yusof Ismail...

sayang kamu semua....

Friday, April 3, 2015

Setiap Gambar ada Cerita

Assalamualaikum WBT..

Just nak kongsikan gambar-gambar yang aku snap dari hp Asus Zenfone 6..


































Saturday, November 8, 2014

Hobi Baru

Assalamualaikum wbt..
Kebelakangan ni, aku terjebak dengan fotografi makro.. kiranya dah menjadi hobi baru aku pulak...

***************************
Apa dia fotografi makro ni?
Fotografi macro adalah fotografi yang diambil dari lensa yang khas didedikasikan untuk fotografi macro. Lensa fotografi macro yang benar akan mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 1:1 pembesaran. Hanya kerana suatu kamera ataupun lensa tertentu ada menyata perkataan macro, ia tidak bererti ia adalah lensa macro yang benar. Kedua-dua lensa yang telah dinyatakan di atas dianggap sebagai lensa macro yang benar..

****************************

nak dijadikan cerita la kan.. aku ni suka merayau-rayau kat page2 & group2 fotografi Malaysia sebab suka sangat tengok hasil tangkapan mereka2 yg dah level pro.. aku ni jenis silent reader je..like jelaa.. nak komen malu pulak kan.. sebab beginner lagi..
so, ade laa sorang abang ni dia buat DIY diffuser untuk popup flash menggunakan botol keropok kentang pringles tu.. dia siap bagi tutorial lagi.. aku pun duk perati jelaa cara2 nak buat diffuser tu..
 bahan2 pun takde la banyak mane pun... CUMA kena beli satu alat je ni..
Reverse Ring nama nye... kira macam adapter laa untuk kita pasang lens tu secara terbalik..
so, aku try cari kat Mudah.my reverse ring ni dapat la jumpa satu.. rm35 siap pos.. 

ni lerr rupa reverse ring tu..

ok, berbalik cerita tadi tu.. lepas barang aku sampai.. aku terus kan misi aku untuk buat diffuser tu.. cukup bahan semua, potong sini potong sane, tampal lekat gunting sambung segala bagai maka siap laa diffuser aku tu.. 
 

amacam.. ok tak? hehe.. nak beli flash untuk macro masih belum berkemampuan.. yang ini pun hasil nye dah cukup memuaskan.. 
maka bermula laa pada saat tu aku pantang dah nampak serangga comel2 melintas depan aku.. memang jadi santapan lensa aku laa jawab nye.. hehe..
ni haa kat bawah ni hasil buruan aku yang dapat aku snap... 






























cantik tak? masih terlalu beginner.. banyak lagi yang perlu aku perbaiki.. 
sekarang ni dah jadi macam hobi.. 
betapa indah nye ciptaan Tuhan ni..


ok laa.. cukup setakat ni dulu entri kali ni.. jumpa lagi.. :-)